Selasa, 04 Maret 2014

Tulang sulbi

Penjelasan  daripada buku Quran Saintifik nukilan Dr Danial Zainal Abidin..
Bahagian 3: Manusia dan Asak Usulnya
Bab 50: Benih Terbit antara Sulbi dan Taraib (Antara Sulbi dan Taraib)
 
Berhubung dengan kenyataan Allah yang bermaksud "Yang keluar di antara tulang sulbi dan tulang dada(taraib)" ia dapat dikaitkan dengan sistem seksusal atau peranakan bagi lelaki dan waniya.

Berhubung dengan perkataan, sulbi Hamka di dalam Tafsir al-Azhar berkata,"Maka berkatalah ahli tafsir dan ahli bahasa, sulbi ialah deretan tulang punggung lelaki." Mengikut Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic pula, sulbi membawa maksud "vertebral column, loin," iaitu tulang belakang atau kawasan pinggang secara umum. Loin mengikut American Heritage Dictionary, dapat diertikan sebagai 'human reproductive organs' atau 'organ-organ sistem peranakan'. Justeru, sulbi dapat diertikan sebagai suatu kawasan yang menepati kawasan pinggang dan punggung yang terdapat didalamnya sistem seksual dan peranakan. Ia tidak semestinya bermaksud tulang secara khusus.

Tafsiran-tafsiran ini penting difahami kerana ia menunjukkan perkataan sulbi dalam Quran melambangkan sistem seksual atau peranakan kaum lelaki dan wanita. Daripada sistem ini terpancarlah air atau cecair yang bakal bercantum bagi memulakan proses kejadian manusia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar